top of page

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah (SMKSG) beroperasi mulai 3 Januari 1994. Pada mulanya SMKSG menumpang di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh kerana bangunan sendiri belum siap sepenuhnya.

 

 Dengan jumlah staf seramai 12 orang, segalanya cuba dilakukan sesempurna yang mungkin. Pn.Noridah Abu dilantik sebagai penyelaras NILAM. Oleh sebab masih menumpang dan penggunaan PSS SKA agak terhad, Pn. Khaw Ai Li sering menggalakkan pelajar menjadi ahli perpustakaan negeri di Seberang Jaya. 45% pelajar menjadi ahli.

 

   Pada bulan Jun 1996, SMKSG telah beroperasi di bangunan sendiri. En.Megat Mohd Azlan menguruskan PSS, mengambil beberapa pelajar menjadi pengawas PSS. Pada bulan ogos 2003, PSS SKA telah menerima bekalan buku-buku.

 

   Pada tahun 1999 Penyelaras PSS iaitu Cik Hajah Norjan dengan bantuan oleh Cik Hamidah Shafiee telah memproses buku-buku tersebut serta buku-buku lain yang dipesan dari semasa ke semasa. Guru-guru kanan membantu memproses BBM yang berupa CD terutamanya bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris  dan Bahasa Melayu.

 

   Oleh sebab kekurangan kemudahan komputer, guru-guru telah membantu memproses bahan-bahan (buku dan bukan buku) secara manual. Pada tahun 2005, tugas Penyelaras PSS disandang pula oleh Pn.Noraini Ismail. Pada tahun tersebut juga, perisian e-kutubkhanah telah diperkenalkan dan digunakan oleh PSS bagi memproses bahan buku dan bahan bukan buku. Urusan memasukkan data-data diuruskan oleh Pn. Noraini Ismail dan Pn. Norfaiyah Md Din dengan dibantu oleh guru-guru PSS yang lain. Koleksi Bahan buku juga semakin bertambah dan semuanya diproses secara automasi serta mempunyai kod bar yang tersendiri.

 

   Tahun 2006 jawatan Guru perpustakaan dan Media (GPM) diperkenalkan. Pn. Noraini Ismail dilantik sebagai GPM dan bertanggungjawab menguruskan semua hal berkaitan dengan PSS serta NILAM. Kerja-kerja memproses data secara automasi masih diteruskan dan sehingga akhir bulan November 2014 PSS SMKSG mempunyai hampir 17500 buah buku.

 

   Pada penghujung tahun 2014, pengetua SMK Sama Gagah iaitu Pn. Rahmah binti Mat Saman telah mencadangkan agar PSS SMKSG berubah ke lokasi baharu yang lebih menarik dan kondusif, iaitu di Tingkat 2 Blok Pentadbiran. Maka bermulalah kerja-kerja pemindahan segala aset dan inventori yang berkaitan ke lokasi PSS SMKSG yang baharu.

 

   Pada 9 Februari 2015, Pelancaran Penggunaan PSS baharu telah dilancarkan oleh Puan Hindon binti Ahmad, iaitu Penolong Pengareah BTPN Pulau Pinang. Pada tarikh 28 Mac 2015 PSS telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Zaidi bin Haji Mohd Said, Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Seterusnya melancarkan nama baharu bagi PSS SMKSG, iaitu PUSZA. Pusat Sumber Datuk Zaidi.

 

   Bermula pada 01 Januari 2015, tugas dan tanggungjawab GPM PUSZA SMKSG telah digalas oleh Pn. Santanina binti Salleh dan Pn. Norfazila binti Azmi sebagai penyelaras NILAM.

bottom of page